-->

wtvnadzirah

Saturday, November 3, 2012

Memories (":

kadang kita terlupa orang yang pernah bersama kita waktu kita bukan siapa siapa dan tak punya apa apa. Berkongsi suka duka bersama. Hidup serba serderhana tapi tetap bahagia bersama. Mungkin kita masih muda waktu itu kerna belum terdedah dengan dunia yang penuh godaan ini.

Kini semua sudah membesar dewasa. Sudah terdedah dengan dunia ini. Kita berubah. Ketahuilah bahawa aku orang yang paling sentap bila semua ini berlaku. Semua momento yang kita cipta seakan tiada harga walaupun kenangan itu tidak boleh dibeli dengan duit. Tinggi nilai harga nya tak mampu dinilai dengan wang ringgit dunia ini.

Takkan sanggup aku memperjudikan semua ini hanya kerana orang baru yang datang dalam hidup kita. Mereka tidak layak. Hanya itu yang aku boleh cakap pada mereka sebab mereka datang dalam hidup kita bila semuanya indah belaka. Sedangkan kita bertemu di saat kita sama sama bukan siapa siapa dan kita tak punya apa apa selain kasih sayang yang kita kongsi bersama.

Kadang aku rasa cukup dengan kasih sayang kite tu untuk hidup. Nampak kan betapa tamaknya aku bila ianya berkaitan kasih sayang kau? Tak sanggup memori kita terbuang begitu sahaja tak ada nilai untuk diingat sampai kita berpisah. Kerna kenangan ini semua yang membuat aku kuat untuk memperjuangkan cinta ini walau banyak halangan dunia datang satu persatu menghalang kita.

Cuma aku tak kuat lagi membendung rasa ini. Rasa takut untuk kehilangan kau. Sebab aku sudah terlalu banyak memberi untuk kau. Memberi kasih sayang, masa, sepenuh dedikasi aku memberi untuk hubungan kita. Tak sanggup aku kehilangan kau dan semua memori kita selama 4tahun ini. Ketahuilah sangat indah perasaan yang aku rasa memerhati kau membesar dewasa menjadi seorang lelaki di depan mata aku. Tidak semua orang dapat peluang seperti aku. Mungkin ada diantara mereka cemburu dengan kebertuahan aku. Mungkin.

Kalau dulu kita mampu bertahan walau banyak dugaan tapi kini kita kian rapuh. Aku tak pernah curiga dengan apa yang aku rasa sebab aku memang begini orangnya. Sekali aku menyerahkan sepenuhnya hati aku pada orang itu, sekali itu juga aku akan memperjuangkan apa yang aku rasa. Kebarangkalian untuk aku berubah hati? mungkin tiada. haha. Mungkin aku sahaja yang kadang terlalu bodoh bila datangnya soal cinta.

Pertama kali aku menyintai penuh ikhlas dan aku berharap itu lah yang terakhir. Kadang aku terlampau berharap semua orang ada pemikiran macam aku ini. Aku berfikir dengan bersama sama membesar, berkongsi rasa sayang, hadapi masalah bersama, dan macam macam lagi dapat mengelak kan kita dari berpisah kerna sayangkan semua memori itu. Tapi mungkin aku salah. Salah besar. Mungkin hanya aku.

Walau kita belum pasti sekarang. Walau kita masih tergantung sekarang. Aku dapat rasa aku tidak punya harapan lagi. Mungkin silap aku. Terlalu menyayangi, terlalu cemburu, terlalu mengongkong, terlalu mencari masalah, semua yang terlalu aku lakukan sehingga ini semua terjadi. Betulah kata orang. Semua yang terlalu akan memakan diri.

Ketahuilah ini lah aku dari masa kita kenal hingga ke harini. Cuma penerimaanya mungkin sudah berbeza sekarang kerna kita sudah meningkat dewasa. Sudah boleh mengutarakan ketidakpuasan hati. Sudah boleh membandingkan dengan yang lain. Sudah mula berubah hati. Mungkin (":

Sambil menekan keyboard lappy sambil aku mengimbau kenangan kita. Satu persatu semua datang menerjah. Baru aku sedar yang tidak satu pun kenangan kita yang aku luputkan dari ingatan ku. Semua masih segar dalam ingatan. Baik yang pahit mahupun manis. Kerna kenangan tetap sesuatu yang tidak dapat aku ubah dan beli, apa lagi aku lupa. Tidak dapat lah aku menahan air mata ini dari mengalir setiap kali mengingatkan kau dan semua memori ini kerna aku sayang kau dan semua memori kita )":

Jauh dilubuk hatiku mengharapkan tiada perpisahan bakal berlaku. Kerna sekarang sahaja aku sudah menerima akibatnya. Mandi tak basah, Makan tak lalu, Tidur tak lena. Mampukah tubuh kecil ini menahan dugaan hidup yang sebegini hebat buatku ya Allah? )":  Air mata aku turut laju turun seiring kelajuan aku menekan keyboard keyboard ini.

Ya Allah, jika dia jodohku yang tertulis di luh mahfuz mu, jangan la ada perpisahan yang terjadi. Tapi jika dia bukan untukku, akhiri ini semua dengan segera ya Allah . Beri aku kekuatan untuk menerima kenyataan ini. walaupun aku mengerti sekali yang aku takkan pernah mampu menerima ini semua andai perpisahan yang kau takdirkan ya Allah )":  Aku sayangkan dia ya Allah. Lillahitaala )":  kabulkan doa ku ya Allah )":

Amin ya rabbal alamin )":


Thanks for reading. LOTS OF LOVE xoxo

at Saturday, November 03, 2012 Posted by jiwakosong nadzirah

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

your number is (:

Business Logo design

blogwalker

tuan blog

Photobucket

lalala

Tutorial Here
Photobucket
nadzirah. Powered by Blogger.